Jun 21, 2006

Hari Bapa Lorong Setia 2i

17hb Jun 2006 aku & the gang berpakat membuat jamuan untuk meraikan bapa2 di lorong 2i. Sebenarnya aku tunggu gak kalau ada Bapa2 yang minta untuk membuat majlis tapi nampaknya sehingga waktu yang begitu suntuk tiada kedengaran luahan hati bapa. Jadi dengan rasa prihatin kami kaum ibu berpakat2 le membuat sedikit jamuan meraikan bapa dengan berbelanjakan RM 10.00 untuk setiap penyertaan maka ini lah menu kami:
:: Nasi Lemak
:: Sambal Sotong Kering
:: Sambal Ikan Bilis
:: 20 biji Telur Mata Kerbau
:: 10 biji Telur Rebus
:: Kacang
:: Timun
:: Pulut Kuning
:: Rendang Ayam
:: Kueh Karipap - Ita
:: Cucur Badak - Ita
:: Puding Roti - Zaini
:: Kek Coklat - Kak Nab
:: Kek dari Tanjung Malim - Yati
:: Air - Teh O
:: Air Oren
Kemudian kami membeli cenderahati iaitu Bulu Tangkis dan Kacang Shandong.

Jun 14, 2006

Balik Kampung (5/06/06 - 09/06/06)

Seronoknya dapat balik kampong lama gak aku tak balik maklum le anak2 bersekolah tunggu cuti sekolah baru boleh balik kampung. Sebelum cuti dulu aku ada le singgah sekejap kat kampong itu pun sebab ikut laki aku pergi Perlis. Kali ini lama jugak aku duk kampong selalunya dalam 2-3 hari je, tapi kali ini 5 hari. 4 hari 4 malam kat Batu Kurau 2 hari 1 malam kat Kati tak aci betul le. Yang jadi lama kat Batu Kurau tu sebab laki aku lepas hantar kami semua kat kampong dia, dia balik ke KL pulak isnin tu hari rabu baru dia balik kg. semula tu yang hari khamis tengahari kami balik kati.
Batu Kurau
Macam2 aktiviti anak aku, main badminton, memancing, mandi2 di empangan dan macam lagi anak ku si Solehin tu lagi le hari2 gi kedai beli ais krim maklum le sesekali balik layanan baik le..he....he...
Aku pulak masa ni le masa yang sesuai nak buat bantal kekabu. Dekat Batu Kurau setiap selasa ada Pasar dinamakan "PEKAN SELASA" jadi aku pun pergi le ke pekan selasa dengan kak lang mencari kain untuk membuat batang bantal, banyak juga kain yang aku dapat pastu aku beli kaftan aku satu. Esoknya aku ngan kak lang gi cari kekabu kat rumah jiran2 disitu le Sekilo Kekabu RM 13.00 aku beli 12 kilo - RM 156.00, dapat je Kekabu apa lagi terus isi dalam batang bantal yang kak lang dah jahit malam tadi. Dapat le 10 biji bantal besar dan 4 biji bantal kusyen.

Ini le bantal yang aku buat tu