Jun 21, 2006

Hari Bapa Lorong Setia 2i

17hb Jun 2006 aku & the gang berpakat membuat jamuan untuk meraikan bapa2 di lorong 2i. Sebenarnya aku tunggu gak kalau ada Bapa2 yang minta untuk membuat majlis tapi nampaknya sehingga waktu yang begitu suntuk tiada kedengaran luahan hati bapa. Jadi dengan rasa prihatin kami kaum ibu berpakat2 le membuat sedikit jamuan meraikan bapa dengan berbelanjakan RM 10.00 untuk setiap penyertaan maka ini lah menu kami:
:: Nasi Lemak
:: Sambal Sotong Kering
:: Sambal Ikan Bilis
:: 20 biji Telur Mata Kerbau
:: 10 biji Telur Rebus
:: Kacang
:: Timun
:: Pulut Kuning
:: Rendang Ayam
:: Kueh Karipap - Ita
:: Cucur Badak - Ita
:: Puding Roti - Zaini
:: Kek Coklat - Kak Nab
:: Kek dari Tanjung Malim - Yati
:: Air - Teh O
:: Air Oren
Kemudian kami membeli cenderahati iaitu Bulu Tangkis dan Kacang Shandong.

Jun 14, 2006

Balik Kampung (5/06/06 - 09/06/06)

Seronoknya dapat balik kampong lama gak aku tak balik maklum le anak2 bersekolah tunggu cuti sekolah baru boleh balik kampung. Sebelum cuti dulu aku ada le singgah sekejap kat kampong itu pun sebab ikut laki aku pergi Perlis. Kali ini lama jugak aku duk kampong selalunya dalam 2-3 hari je, tapi kali ini 5 hari. 4 hari 4 malam kat Batu Kurau 2 hari 1 malam kat Kati tak aci betul le. Yang jadi lama kat Batu Kurau tu sebab laki aku lepas hantar kami semua kat kampong dia, dia balik ke KL pulak isnin tu hari rabu baru dia balik kg. semula tu yang hari khamis tengahari kami balik kati.
Batu Kurau
Macam2 aktiviti anak aku, main badminton, memancing, mandi2 di empangan dan macam lagi anak ku si Solehin tu lagi le hari2 gi kedai beli ais krim maklum le sesekali balik layanan baik le..he....he...
Aku pulak masa ni le masa yang sesuai nak buat bantal kekabu. Dekat Batu Kurau setiap selasa ada Pasar dinamakan "PEKAN SELASA" jadi aku pun pergi le ke pekan selasa dengan kak lang mencari kain untuk membuat batang bantal, banyak juga kain yang aku dapat pastu aku beli kaftan aku satu. Esoknya aku ngan kak lang gi cari kekabu kat rumah jiran2 disitu le Sekilo Kekabu RM 13.00 aku beli 12 kilo - RM 156.00, dapat je Kekabu apa lagi terus isi dalam batang bantal yang kak lang dah jahit malam tadi. Dapat le 10 biji bantal besar dan 4 biji bantal kusyen.

Ini le bantal yang aku buat tu

May 30, 2006

Wajah-wajah Aku

May 29, 2006

Aku & The Gang

May 28, 2006

Hari Minggu 28 Mei 2006

Hari ini aku keluarga aku pergi ke makan kenduri, anak aku 2 orang je yang mengikut 2 lagi tak mau entah lah dah besar agaknya dah tak mahu ikut ........ memang nak kena ni....
Kenduri kat Hulu Langat rumah Nizam ini lah pengantin nya

Cantik pengantin ni ......anak sapa le...

Ini gambar kami di depan rumah Roy gambar aku ni syuhada yang amik

Lepas makan kenduri aku ingat nak menziarahlah mak cik Shamsiah emak pada Asman sambil2 tu bawak budak dua orang ini gi mandi kat sg. congkak. Sampai je kat situ makcik takde yang ada hanya menantu dia Ijah, anak aku menompang salin baju pastu apa lagi mandi le cam 10 hari tak jumpa air .... lihat lah gambar yang sempat aku amik nak bagi yang kat umah ni sakit hati.... tu lah ngapa tak nak ikut........kan tak dapat mandi....he...he..






Tengok le betapa seronoknya mereka mandi, yang aku ni kat tepi terpekik terlolong suruh Solehin ketepi, bukan apa kalu jadi apa2 aku jugak yang basah kena terjun tapi dia macam dah Pro je, tengok le tu siap nyelam2 lagi ish....geram aku...

May 26, 2006

Hari Jadi Sharifuddin



1 Mei 2006 Shah menyambut hari jadi nya yang ke 5 tahun, mak dia buat besar2an jugak lah siap makan nasi lagi. Dibawah ini ajelah antara gambar2 yang sempat aku amik. Masa harijadi Solehin aku buat malam kecil2an tak sempat amik gambar.


Wow seronok benar anak-anak ini menyambut hari jadi kawannya Hah lepas makan jangan lupa cari kayu.....cari kayu....cari kayu

May 15, 2006

Kawan

Ini Semua Kawan-kawan Aku Kat Electro Technic Sdn. Bhd.



Kawan Aku dan Juga Jiran2 Aku Kat Lorong Setia 2i








Rumahku Syurgaku

Keluargaku

Aku dan keluargaku tinggal Lorong Setia 2i, Klang, Selangor. Aku berasal dari Kampong Kuala Terap, Kati, Kuala Kangsar, Perak dan suami aku dari Kampong Jemerang Star, Batu Kurau, Perak. Perak juga tapi kami dipertemukan di Selangor. Kami mendirikan rumah tangga pada 2hb Februari 1992 dan dikurniakan 4 orang anak, 3 lelaki dan 1 perempuan. Ini adalah kediaman kami:

Ini lah rumah kami di lihat dari luar amacam ada cam istana oren? color oren tu



Ini lah ruang tamu ku, Langsir tu aku jahit sendiri tau, tikar Sarawak tu aku beli ngan Tajudin

Ini pulak tuan rumah ni, apa macam ada gaya


Ini anak-anak aku