May 28, 2006

Hari Minggu 28 Mei 2006

Hari ini aku keluarga aku pergi ke makan kenduri, anak aku 2 orang je yang mengikut 2 lagi tak mau entah lah dah besar agaknya dah tak mahu ikut ........ memang nak kena ni....
Kenduri kat Hulu Langat rumah Nizam ini lah pengantin nya

Cantik pengantin ni ......anak sapa le...

Ini gambar kami di depan rumah Roy gambar aku ni syuhada yang amik

Lepas makan kenduri aku ingat nak menziarahlah mak cik Shamsiah emak pada Asman sambil2 tu bawak budak dua orang ini gi mandi kat sg. congkak. Sampai je kat situ makcik takde yang ada hanya menantu dia Ijah, anak aku menompang salin baju pastu apa lagi mandi le cam 10 hari tak jumpa air .... lihat lah gambar yang sempat aku amik nak bagi yang kat umah ni sakit hati.... tu lah ngapa tak nak ikut........kan tak dapat mandi....he...he..






Tengok le betapa seronoknya mereka mandi, yang aku ni kat tepi terpekik terlolong suruh Solehin ketepi, bukan apa kalu jadi apa2 aku jugak yang basah kena terjun tapi dia macam dah Pro je, tengok le tu siap nyelam2 lagi ish....geram aku...

0 comments: