May 10, 2006

Pergi Zoo Negara

29hb April 2006 :: Pergi Zoo Negara

Sebenarnya aku pun tak menduga akan ke Zoo Negara Hari ini (Sabtu) memandangkan aku terlalu banyak kerja kat rumah tapi macam teruja aku bila hari2 dengar kat radio yang si Kiran & si Khairil ERA Radio akan berada di Zoo Negara untuk mencuci Kandang Badak Air sempena Cabaran Rumi Vs Julie.
Pagi tu aku ke Pasar dulu, dah simpan semua barangan dari pasar semua apa lagi bersiaple nak pergi Zoo Negara. Ini le kesempatan aku nak bawak anak aku si Solehin yang tak pernah pergi zoo tu berjalan2 di Zoo pada hari ni. Aku bagi tau kawan aku Sarah, dia setuju aja bila aku mengajak pergi Zoo, aku pulak belum gaji lagi nasib baik Sarah dah gaji jadi pinjam dulu duit dia RM 100.00 sampai di Zoo Tiket dia berharga : Adult RM 10.00 Child RM 5.00 jadi tiket aje RM 35.00.
Masuk je dalam zoo tempat utama aku pergi itu le di Kawasan Kandang Badak Air aku pun sibuk2 mengambil gambar dengan mengunakan Handphone aku wah sibok benar aku mengalahkan wartawan TV3 je. Orang terlalu ramai jadi aku cuma dapat mengambil cuma 3 keping gambar pastu aku bawak anak2 aku pergi tempat lain. Bila difikirkan balik gambar cuma 3 keping tak berbaloi pegi hari ini jadi aku pergi lagi sekali nak ambik gambar lagi kali ni banyak gambar diperolehi dan aku pun pergi ke Marry Brown dengan Sarah dan Anak2 aku makan lah kami kat situ dlm jam 11.00 lebih aku tengok Kiran, Kairil datang ke Marry Brown rupanya mereka di taja oleh Marry Brown, jadi kat situ aku mengambil banyak gambar le malah aku sempat bergambar dengan khiril, tapi ngan Kiran susah sikit sebab dia bujang ramai le anak2 dara nak bergambar dengan dia. Pastu kami meneruskan perjalanan melihat binatang di Zoo ini. Akhir sekali aku bawak semua anak2 aku menaiki keretapi di Zoo itu pastu kami pulang......sekian

1 comments:

A m m i said...

padanlah aritu kat opis aku ada bau badak air...ko yg bawak bau tu ye????