May 7, 2006

Program Gotong Royong Di Taman Setia

Aktiviti Gotong Royong di Taman Setia

Aktiviti Gotong Royong membersihkan kawasan sekitar Taman Setia telah di adakan pada 7 Mei 2006, Semua warga Taman Setia telah keluar beramai2 untuk menjayakan gotong royong kebersihan ini dengan disertai oleh Majlis Perbandaran Klang.
Semua Warga Lorong diminta berkumpul di padang utama dan setiap lorong diwajibkan menghantar wakil sekurang-kurangnya 2 orang dan selebihnya di arahkan supaya membersihkan di lorong masing2.

Aktiviti Gotong Royong di Lorong Setia 2i

Lorong kami memang Lorong yang boleh dikatakan disegani oleh kebanyakan lorong walaupun terdapat juga warga lorong ni yang tak mahu campur. Semasa aktiviti membersihkan lorong dijalan oleh warga lelaki, Warga perempuan tidak ketinggalan juga memberikan khidmat mereka.
Kami warga perempuan telah bergotong royong menyediakan makan tengahari untuk santapan warga lelaki di lorong kami tapi kami juga telah menjemput beberapa orang jiran dari lorong lain.

Juadah yang kami sediakan untuk kali ini ialah ::

Menu

:: Nasi Putih
:. Nangka Masak Lemak Cili Api
:. Ayam Masak Sambal
:. Ikan Sardin Goreng
:. Ikan Pari Bakar
:. Air Asam dicampur dengan empulor tembikai>
:. Ulam Pucuk Ubi
:. Sambal Belacan
:. Kerabu Mangga
:: Minuman
:. Air Asam Boi dicampur Air Limau Kasturi
:: Buah2an
:. Tembikai


Kami telah memasak nasi sebanyak 5 kilo, rupanya tak cukup, melilau kami mencari-cari nasi di rumah jiran2 yang tak datang bergotong royong, malu juga tapi bukan kami yang minta suami mereka yang perihatin yang telah menghulurkan sumbangan itu iaitu Encik Sallehuddin Esahak (terima kasih Salleh) dan juga sumbangan nasi dari Puan Faridah (Eda). Saya pulak nak makan ikan pari bakar tak kesampaian sebab dah habis, sikit benar agaknya.


3 comments:

A m m i said...

itu menu manyak selap..wa sudah lasa manyak lapar...

speo said...

muy linda las fotos, me gustaron muchos. Felicidades

khamsehar said...

lu lapar ye? datang le menjamu selera he...he...he..