Jun 21, 2006

Hari Bapa Lorong Setia 2i

17hb Jun 2006 aku & the gang berpakat membuat jamuan untuk meraikan bapa2 di lorong 2i. Sebenarnya aku tunggu gak kalau ada Bapa2 yang minta untuk membuat majlis tapi nampaknya sehingga waktu yang begitu suntuk tiada kedengaran luahan hati bapa. Jadi dengan rasa prihatin kami kaum ibu berpakat2 le membuat sedikit jamuan meraikan bapa dengan berbelanjakan RM 10.00 untuk setiap penyertaan maka ini lah menu kami:
:: Nasi Lemak
:: Sambal Sotong Kering
:: Sambal Ikan Bilis
:: 20 biji Telur Mata Kerbau
:: 10 biji Telur Rebus
:: Kacang
:: Timun
:: Pulut Kuning
:: Rendang Ayam
:: Kueh Karipap - Ita
:: Cucur Badak - Ita
:: Puding Roti - Zaini
:: Kek Coklat - Kak Nab
:: Kek dari Tanjung Malim - Yati
:: Air - Teh O
:: Air Oren
Kemudian kami membeli cenderahati iaitu Bulu Tangkis dan Kacang Shandong.

0 comments: