May 10, 2006

Aktiviti Menyambut Maulidur Rasul


Warga Lorong Setia 2i Menyambut Maulidur Rasul 11 April 2006

11 April 2006 begitu bersejarah bagi aku, Sarah & Azza, sebab lama kami berulang alik dari Taman Setia Klang ke Banting untuk mencari baju bagi lorong kami. Pada mulanya kami pergi ke Banting untuk mencari kain membuat baju bagi anak 2i menyertai persembahan nasyid dengan bajet yang sebanyak RM 15.00 bila sampai di Banting aku tengok banyak baju yang cantik2 dengan harga serendah RM 12 sepasang. Pada mulanya kami hanya nak membeli untuk kami bertiga sahaja tapi aku le gatal mulut memandangkan harganya murah jadi aku cadangkan beli untuk baju lorong, aku pun call kawan2 lorong untuk bertanya samada nak atau tak nak disebabkan harganya murah mereka semua bersetuju tapi kami hanya dapat membeli 12 pasang sahaja sebab banyak tu je kain yang ada. Kemudian bila ramai lagi yang nak, aku pergi lagi mencari kain yang serupa tapi hampa corak yang itu sudah tiada lagi kami pun memilih corak yang lain dengan warna yang sama dan seakan2 kain yang pertama itu. Kemudian di saat akhir nak menyambut Maulidur Rasul ada yang nak lagi, tiga minggu berturut aku ke Banting mencari kain.
Bagi warga Lelaki dilorong kami tak mahu ketinggalan mereka pun merancang membeli baju lorong dengan warna yang sama dengan warga perempuan dan mereka dapat Baju bentuk Raihan tanpa seluar dan Semua warga lelaki yang membeli baju berkenaan memakainya dengan seluar hitam.
Memang berdebar2 menunggu hari berkenaan memandangkan semua sudah siap sedia dengan pakaian Lorong. Lama juga kami menunggu nak berarak, kerana banyak sangat program sebelum memulakan perarakan dengan ucapan2, dengan itu dengan ini anak2 kecil dah mula resah gelisah begitu jugak dengan ibu2 tapi disebabkan semangat untuk berarak menebal dipujuk juga sikecil untuk bersama2. Hari ini juga merupakan hari pertandingan untuk suka2 tapi disediakan hadiah jadi kami pun di arahkan untuk berselawat dengan kuat dan elok serta jaga barisan. Kali ini perarakan tidak lah mengambil jalan jauh jadi takde masaalah le pada anak2 kecil untuk berarak bersama.....kadang2 nak tergelak juga bila mengenangkan kami semua berselawat ada masa kuat bunyinya ada masa perlahan, tapi ketua blok berpesan supaya berselawat kuat bila lalu dihadapan pengadil......
Bila perarakan habis kami dijamu dengan makan tengahari yang telah di sediakan oleh pihak pengajur iaitu Surau Al-Ikwan, Taman Setia menu yang disediakan ialah Nasi Putih, Daging Masak Kicap, Sayor serta minuman Sirap. Maka sesi siang berakhir di sini dan semua pulang kerumah masing untuk berehat dan kembali semula pada waktu malam dengan program Forum Perdana Hal Ehwal Islam.
Tapi sebelum bersurai keputusan telah diberikan untuk Perarakan tadi dimana Lorong Setia 2i telah dipilih sebagai Pemenang Keseluruhan bagi perarakan tersebut, difahamkan Lorong kami ini telah memenangi 2 kategori tapi 2 kategori itu telah di agihkan kepada Lorong lain dan kami dipilih untuk mengungguli hadia keseluruhan pada hari tersebut... wah berbaloi kami berulang alik ke Banting....
Malam tu lebih kurang jam 9.00 malam Program Forum Perdana bermula dan rumah aku diminta untuk dijadi tempat makan bagi Ustaz2 yang berceramah pada malam itu. Lebih kurang jam 10.00 mlm makanan sampai aku & the gang Azza & Sarah menghidangkan makanan tersebut. Lebih kurang pukul 11 mlm program Forum Perdana selesai dan semua warga yang prihatin mengemas semula dan memunggah barangan yang digunakan untuk tujuan ceramah tadi kerumah tuan empunya masing2. Berakhirlah lakaran sejarah bagi kehidupan kami di Lorong Setia 2I....sekian

Inilah warga 2i dengan Hadiah Keseluruhan

0 comments: