Hari Ibu
Sebenarnya Hari Ibu ni aku tak le nak kecoh sangat, tapi bile aku balik dari kerja dan ternampak terpampang banner Hari Ibu Lorong ......... pada 13/05/06, aku jadi teruja untuk menyambutnya mengenangkan aku ini seorang ibu, aku suarakan pendapat ku pada kawan ku Sarah. Sarah seolah gembira juga menyambut cadangan ku maklumle dia pun ibu jugak.
Sarah suarakan pendapatnya pada sekumpulan jiran2 ku merangkap ibu-ibu dilorong ku yang sedang bersembang, tak sangka pulak yang jiran2 ku begitu gembira untuk menyambutnya. Lihatlah betapa ibu2 ini begitu gembira untuk menyambut Hari Ibu, aku terus menetapkan meeting malam ini jugak dirumah Ketua Blok (Encik Johari Rahim & Isteri Puan Zaini)
Malam tadi 09/05/06 jam 8.45 kami pun pergi kerumah Ketua Blok untuk membincangkan mengenai keinginan kami untuk mengadakan jamuan untuk Hari Ibu, kalau harapkan bapa2 untuk membuatnya entah le.............
Maka malam tadi kami putuskan apakah menu untuk disediakan pada hari tersebut.
Ini le gambar Ibu2 yang bertungkus lumus untuk menjayakan HARI IBU gambar aku takde le sebab aku yang mengambil gambar, sapa nak amik gambor aku he....he....
Tarikh :. .: 12 Mei 2006
Masa :. .: 9.00 malam
Lokasi :. .: Dilorong Setia 2I
MENU-MENU
1. Makanan Utama
.: Mee Hoon Tomyam
.: Roti Jala dengan Kuah Kari Ayam
.: Pulut Kuning cicah dengan kuah kari Ayam (share ngan Roti Jala)
Yang pada asalnya Kek, tapi ditukar pada pulut kuning.
.: Karipap berintikan Kentang dan daging
.: Buah Tembikai & Oren
2. Minuman
.: Air Asam Boi dicampur Air Limau Nipis
.: Teh Tarik
Kami membuat kutipan wang sebanyak RM 20.00 satu rumah bagi menjayakan rancangan kami ini.
12/05/06 bermula lah episod memasak untuk jamuan pada waktu malamnya. Bermula dari jam 7.30 pg hingga ke malam ini adalah gambar2 kami dari pagi hingga malam.
0 comments:
Post a Comment